11 Dec 2011
Setelah lama tak berhubung, almost 10 month. Minggu lepas Nikki tweet aku. Sebelum ni dia jarang tweet aku. Seriously. Aku anggap dia sombong. Dia tegur dengan orang yang di kenal je :/
After that aku unfollow dia kat twitter dalam pertengahan tahun ni. Pada masa tu dia masih guna tweethandle @ininikki. Tapi since dia tegur pakai tweethandle @caolnizam, aku tak cam siapa dia. So aku layan jelah macam layan orang lain.
Lepas tu kiteorang sama-sama follow balik kat twitter. Kiteorang sembang-sembang. Gelak-gelak. Mencarut-carut macam kawan rapat dah. Padahal baru beberapa jam contact.
Since pakai blackberry, aku dah jarang baca timeline, so aku tak baca tweet ni. And aku tak tahu pun ada tweet ni, so aku tak reply unmensi dia.
Lepas tu dia tweet aku, ajak whatsapp. Aku suruh dia DM numb phone, tapi dia sent atas timeline. =.="
So kiteorang whatsapp. Sembang-sembang kosong. Bahan-bahan typo dalam whatsapp. Pastu tweet. Best sangat time tu sebab tengah bosan and ada member melayan. Masa ni aku masih tak tahu dia @ininikki .
Dalam 3-4 hari tu aku tak contact dia. Sebab aku sibuk dengan kerja luar. And jarang ber-tweet juga. Masa dalam whatsapp tu, dia ada cakap nak ajak aku keluar sebelum dia balik. Tapi dia tak bagitahu yang dia nak balik mana :(
17 Dec 2011
Dia tweet aku suruh check whatsapp, tapi whatsapp aku tak ada apa-apa msg pun yg masuk. Masa tu aku memang tgh sibuk, ada event kat Dewan Tun Raha. Pukul 12 t/hari baru msg tu masuk, dia ajak aku keluar. Tapi aku cakap lah aku tengah sibuk :(
18 Dec 2011
Masa aku kat dalam studio Pak Ngah, ada Post-Camp. Agenda time tu tengah tengok Shaolin Soccer. Aku baru nak simpan BB dalam pocket, sat lagi ada vibrate sms masuk. Aku tak dapat nak concern dah kat movie petang tu. Time tu pukul 3:01 ptg ahad. Aku BBM dengan Saleh Sley. Kiteorang sangat sedih time. Cadangnya keesokkan hari (isnin), aku nak melawat Nikki kt PPUM.
Aku charge BB aku kat atas almari dalam studio Pak Ngah tu, pukul 7 sebelum waktu maghrib aku tengok screen. Aku hampir menangis kat situ. Aku macam tak percaya je. Sms tu dihantar pada pukul 6:35 ptg.. Tapi aku baca pukul 7:00 ptg.
Baru aku tahu maksud dia yang dia nak jumpa aku sebelum dia BALIK. Dia sebenarnya nak balik kepada Allah :(
Aku sedih sangat sebab tak dapat jumpa dia. And aku serba salah sangat-sangat. Sebab dua kali dia ajak lepak. Tapi apakan daya. Allah lebih sayangkan dia.
Semalam aku call kakak arwah Nikki. Sembang dengan kakak dia. Alaqam yang suruh call. So aku call la. Kakak dia cakap
"Akak tengok Nazim yang banyak tweet dia. Thanks la sebab korang baik sangat-sangat dengan arwah. Akak tak sangka yang dia ada kawan yang betul2 sayangkan dia. Dia ada pesan kat akak, dia nak minta maaf kalau dia ada bergaduh dengan Nazim. Nazim ada gaduh dengan dia ke?"
"eh tak ada la kak kiteorang gurau2 kasar je. Tak ada gaduh pun. Saya okay je dengan dia"
"Oh yeke. Tu la. Dia cakap, halalkan segala perkataan yang dia pernah keluarkan kat Nazim, dia minta maaf sangat-sangat"
"okay kak. Terima kasih"
SAD! Sampai sekarang aku masih dilanda serba salah sebab tak dapat jumpa dia. Ya Allah! :(
Aku harap aku akan dpt jumpa kau dlm mimpi aku nnt Nikki sebagai ganti diri kau yg tk berkesempatan utk berjumpa aku kelmarin..Rest in peace Shahrul Nizam. Me and all your beloved friends will pray doa for u :(
Hadirkan diri kau dalam mimpi aku.. aku nak sangat2 jumpa kau.. tolong sampaikan pesanan yang kau tak sempat nak sampaikan kat aku.. Ya Allah, kabulkanlah permintaanku.
Al-FATIHAH SHAHRUL NIZAM
(1989-18/12/2011)
No comments:
Post a Comment