Saturday, October 29, 2011

life is full of fake people

Aku bukan seorang yang baik pada mata kasar. Kadang kala aku rasa seperti aku menipu Tuhan dan diri sendiri untuk hidup. Untuk apa aku hidup dalam kepura-puraan? Aku kadang-kadang berpura-pura tiada masalah, walhal masalah itu menggunung. Aku berpura-pura di hadapan kawan-kawan bahawasanya aku ni seorang yang boleh give and take. Padahal semua tu palsu. 

Aku jarang bersuara untuk mendapatkan hak aku sendiri. Aku lebih kepada mendiamkan diri dan kadang kala menghamburkan kata kesat dalam laman maya. Aku kalah dalam berbicara. 

Ya Allah Ya Tuhanku,
Seperti apa yang Engkau ingin aku lakukan?
Aku suka bersikap acuh tak acuh. Aku segan mahu menjadi diri sendiri kerana banyak kelemahan akan terpamer. Aku tak dambakan kesempurnaan, cukup lah sekadar lengkap diri ini untuk hidup dan menjadi seorang yang berguna.

No comments:

Post a Comment