Saturday, October 29, 2011

appreciation


Alhamdulillah. Aku bersyukur kepadamu. Bukan senang untuk kita mendapat kepercayaan sesorang. Tapi Alhamdulillah ada juga orang betul percaya kat aku walaupun aku tidak lah sebaik yang di sangka. Orang yang dimaksudkan adalah lecturer aku sendiri. Sir Azrul.

Hadiah ni diberikan dihadapan kawan-kawan sekelas. Aku tak bangga, tapi aku bersyukur sebab dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik walaupun kadang-kala dengan hati yang terpaksa atau bertangguh kerja. Ikhlas tu kita tak nampak, bagi aku ikhlas itu ibarat semut hitam yang berjalan diatas batu pada waktu malam. Kita tak nampak keikhlasan tu. Biar Allah sahaja yang menilai setiap langkah perbuatan aku. Aku redha.

Biasanya setiap kali habis kelas Masscomm aku adalah orang yang terakhir keluar dari kelas. Sebabnya aku kena berjumpa dengan Sir untuk bagitahu apa yang berlaku sepanjang minggu dalam kelas. Masalah orang lain aku terpaksa fikir. Sebab aku ketua kelas. Kadangkala JUJUR aku adalah terpaksa. sebab itu adalah tanggungjawab aku membuat laporan kepada guru.

Honestly i said, i really appreciate him. I think he is the best teacher in this world. He care about every each of his student. Kalau aku ada masalah aku selalu diam. Kadang-kadang sampai lemparkan senyum palsu. Tapi semua tu dia dapat detect, dia suruh aku be natural. 

Semalam last class. Im not happy at all. I don't know why. Samada aku memikir apa yang Zaim cakap ataupun ada benda lain yang menganggu perasaan aku. Semalam Sir umumkan carry mark untuk subjek masscomm, aku dapat 48/60. Aku rasa macam sikit je walaupun kurang 12 markah. Start dari situ my mood start merundum sikit. Sampailah detik dia nak umumkan pelajar-pelajar terbaik untuk Sem 1.

Sudah tentu i will envy kat sape-sape yang dapat award tu kan. Aku envy bukan sebab apa. Aku terfikir, tak cukup bagus ke aku dalam kelas? Aku ada problem ke dengan lecturer dalam tak sedar. Aku tak pandai ke? Am i useless?

Sampai lah award yang terakhir yang dia labelkan sebagai Most Promising and Valuable student. . He said the Most Promising student goes to Nazim Nasri. I was like shock walaupun aku dah dapat hint dia nak bagi kat siapa. Aku shock sebab aku tak sangka diri aku yang tak seberapa ni dihargai. Alhamdulillah. Tapi aku tak berapa nak senyum. Kenapa entah.

Aku balik hostel. Aku baring sambil main blackberry. I got a phone call from Sir.

Sir: Hello Zim.
Aku: Ye saya.
Sir: Kenapa tadi zim? I tengok u masam je. Tak senyum. Kenapa?
Aku: *gelak kecil* Takde pape lah Sir. Saya okay jer.
Sir: Jangan tipu lah Zim. I know u. Tell me.
Aku: *pung pan pung pang cerita*

*line tiba-tiba weak* Aku berlari pergi dapur nak dapat kan line. Masih sama.

At last dia sms. Dia suruh add facebook -..-
Tapi aku tak jumpa pun account Fb dia tu huhu.

Ya Allah Ya Tuhanku. Hanya Engkau perantara aku dengan makhluk yang lain. Hanya kepada Engkau aku mengadu, hanya Engkau yang dapat membaca isi hati aku. Kau ampunilah dosa-dosaku. Kau ampunilah dosa guru-guruku.

"Sir, saya nak minta maaf dari hujung ke hujung. Maafkan kalau ada terkasar bahasa, kalau ada saya tertipu. Halalkan ilmu yang diberikan dan halalkan setiap patah perkataan yang diucap. Ya Allah Ya Tuhanku, sampaikanlah salam ku dan ucapanku ini kepada guru yang terlalu banyak mengajar aku tentang kehidupan. Terima kasih banyak-banyak."


Tq

No comments:

Post a Comment