Sunday, July 22, 2012

Sedih




Hari-hari aku rasa sedih. Entah bila nak rasa gembira.
Even kalau gelak pun, dapat heal sekejap je.
Aku tak tahu apa sebenarnya aku inginkan.

Aku cepat cemburu. Cemburu dengan pelbagai karenah manusia.
Semua perkara baik-baik yang orang lain ada.
Aku cemburu.

Entah kenapa aku kurang bercakap dengan kawan baik sendiri.
Entah kenapa aku rasa macam malas nak layan orang sekeliling.
Entah kenapa perasaan ini datang.

Apa yang aku nak?
Sebelum aku mati aku nak rasa apa itu bahagia yang sebenar.
Sebelum aku mati aku nak balas semua jasa orang sekeliling.
Sebelum aku mati aku nak jadi anak yang soleh.
Sebelum aku mati segala urusan dunia telah selesai.
Sebelum aku mati aku nak bahagiakan dan buktikan kecemerlangan diri kepada keluarga.
Sebelum aku mati aku dapat berjemaah bersama seluruh ahli keluarga.
Sebelum aku mati, tanah suci adalah tempat yg aku ingin kunjungi.

Ya, Allah
Kurniakanlah aku kesihatan yang baik.
Panjangkanlah umurku.
Berikanlah petunjuk serta pedoman.
Palingkanlah hatiku kearah yang diredhai.
Aku tak mahu berada dalam kesesatan sepanjang hayat.
Buangkanlah sisa rasa cinta yang aku simpan.
Limpahkanlah rezeki serta permudahkanlah urusan ku.